Tuesday, September 4, 2018

Sabar Itu Manis


Allah swt berfirman :
“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” (QS. Al-Anfal : 28)

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (QS. Al-Baqarah: 155)
Bila diuji, bersabarlah.. dan senyumlah..


Sumber : Google

Zikir bererti “ingat” atau “sebut”.



Sumber : Google

Selain daripada ibadah lain seperti solat dan bersedekah, amalan zikir adalah satu amalan yang boleh memberikan banyak manfaat dan kelebihan kepada orang yang mengamalkannya; bukan sahaja pahala, malah juga hati yang tenang serta keimanan yang teguh.
Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud: 

Daripada Abu Dzar berkata, lalu beliau bertanyakan kepada Nabi Muhammad ﷺ: “Sukakah Engkau (wahai Muhammad) untuk memberitahu ucapan apakah yang paling disukai Allah S.W.T.?”
Lalu Baginda menjawab: “Subhanallahi wabihamdih” (Maha suci Allah dan segala pujian bagi-Nya.)


Syukur Itu Nikmat

“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya)…” (QS. An-Nahl: 53)



Sumber : Google



“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya.” (QS. An-Nahl: 18).

Jangan Takut - Sedekah

Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....." -(surah al mu'minun:10)

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.


Sumber : Google

Selawat & Salam Ke Atas Mu Ya Rasul

Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.

(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)


Sumber : Google